Dec 22, 2015

Sempit & Tanggungjawab


"Kakak ini hari kena pergi beli barang mahu masak untuk Maulud Nabi. Ini hari kerjanya harus cepat-cepat siap, boleh ke pasar beli barangannya. Kita orang Indonesia, kalau Maulud Nabi kita masak sedikit buat jamuan di surau. Tapi tak berapa banyaklah, dik. Biaya sekarang ini mahal. Kakak kongsi sahaja lah sama teman-teman. Kakak beli pulut, temannya beli ayam, yang seorang lagi beli telur. Asal punya jamuan sahaja dan kita ingat sama Nabi. Tak banyak pun tak apalah. Gaji kakak satu bulan di sini 600 ringgit. Suami aku kerjanya di kolam pancing ikan. Ada juga lah dalam 500 ke 600 ringgit dikira berapa jam dia bekerja. Anak aku dua orang di sini. Mahu hantar belanja sama emak di kampung. Adik, kau tahu? Bil api di kampung kakak satu bulan sahaja sudah 60 ringgit. Kakak bilang sama emak, "Mahal ya, Emak bil apinya? Kenapa begitu?". Emak aku bilang dia tidak tahu sedangkan lampu pun jarang-jarang dia pasang. Minggu lepas aku habis 500 ringgit, adik. Buat belanja beli barang anak aku sekolah. Aku tak punya wang tapi anak aku kena berbaju baru ke sekolah. Bukan apa lah adik, buat dia orang semangat mahu pergi sekolah. Aku tak ada lah beli yang mahal tapi asalkan ada yang baru. Sepersalinan seorang. Aku bilang sama emak, "Tak apa lah emak. Kalau tak cukup wangnya buat biaya, bilang sama Su. Su kerja kuat buat emak di kampung". Emak aku bilang, "Aku doakan murah rezeki, Su. Jaga diri di tempat orang". Aku tak boleh telefon emak selalu. Rumahnya jauh ke dalam. Aku cuma telefon minggu kedua hari Sabtu waktu emak ke bandar. Dia boleh guna telefon dan bawa keluar wang sekali. Rindu sama emak aku." 

Said Kak Su, the cleaner at my office.

I don't want to elaborate more about this. You know what am I thinking and you too must be thinking the same.

No comments: