Pikiaq weh, MASA DEPAN!

Anak millenium toksah nak bangga
Setakat pergi sekolah pegang buku tanpa baca
Aset yang ada semua kepunyaan bapa
Kalau tak bersungguh nak hidup lagu mana?

Sekarang memang fikir boleh hidup
Pasaipa?
Ada mak bapa nak tolong tanggung
Tunggu tengok!
Bila depa pejam mata
Hangpa semua teghiak tak sanggah!

Masuk 20 tahun baru nak menyesal
Mana tak!
Dah ada buah hati konon nak kekal
Dok kata dah, dok kata dah
Kemam orang tua di alam barzakh!

Baca ni semat dalam kepala
Huih!
Kena pakat buat la lah!
Nak tangguh sampai bila?
Anak dah merenyut nak mengkedarah apa?
Pasiaq? Batu? Kayu?

'Kami makan saja apa yang ada di muka bumi ini. Semua rezeki.'

Poorah!
Buat zalim anak-anak,
Cuba mak bapa hangpa buat lagu tu jugak,
Mau hangpa mati tak sempat tengok dunia.

Hidup pun segan, mati tak mahu
Hidup kata, 'Aku segan dengan hang ni, pi lah mati!'
Mati kata, 'Lah hang ni! Dosa pun banyak. Dok tinggai anak bini kupang pon tak dak!'

Dah!
Lagu mana?


2 comments: