Bila nafsu kau liar.

Jangan jadi gila nak pakai bomoh segala,
Apa kau ingat Allah itu pernah lelap matanya?
Dia asyik usha kau, kau saja buta,
Buta akal, buta hati.

Vodoo yang kau puja itu bodoh,
Kau sembah dia sampai jasad boleh lumpuh,
Fikir kau apa, dengan itu dunia boleh kau taboh?
Kau kejam, selalu geram.

Kami lagi kuat,
Kata Allah itu buat ubat,
Buat selimut hati, rohani,
Kasi cuci semua daki.

Macam kau tu buat apa?
HAKTUIH!
Buat senyap, diam,
Asyik terhendap-hendap,
Dari kaca malap gelap.
SAH!
Kau tak ubah macam penyangak,
Ketakutan sungguh ternampak,
Apa barang sembunyi-sembunyi!

WEH!

Aku doa kau lekas mati,
Tinggalkan abah dengan kami.

2 comments:

Ummu said...

erm ive been through the same situation currently..sedih...

Sheriel Aizan said...

Serious? Be tough! :')