Feb 12, 2011

Nama aku Sheriel. Nama dia Boboy. Nama kau apa?

Ini entri sedih.

Okay. Di beranda rumah aku terdapat satu cage yang sangat besar cukup untuk memuatkan 10 ekor kucing dewasa. Tetapi, cage itu selalunya kosong kerana kucing-kucing kitorang tak reti duduk dalam cage. Diorang nak main dan berlari. (Berlari tu maksudnya main lah kan) IS THE.

Rumah aku terkenal dengan title, 'Rumah Ihsan kucing-kucing Se-Sungai Besi' memandangkan kalau kitorang jumpa kucing-kucing yang sakit, kurus atau berkeliaran dalam keadaan yang menyedihkan, kitorang akan bawa balik ke rumah dan rawat dan beri makan sekucupnya.

Pagi tadi, around 9 a.m, aku nak keluar rumah sebab nak sidai kain (perlu mention). Tiba-tiba aku nampak dalam cage ada seekor kucing parsi dalam lingkungan 3-4 bulan yang sangat kurus. Aku agak terkesima dan sangat hairan, siapa yang CERDIK AKAL buang kucing dalam cage aku. And, Persian cat kot!

Lalu, aku bawa kucing tu keluar dari cage. Ringan. Aku terus dukung bawa pergi dapur sebab nak bagi makan. Dia makan gelojoh gila macam tak jumpa makan sebulan. Memang gelojoh nak dibandingkan dengan student Malaysia yang tersadai kat Mesir pastu tak reti-reti nak bersyukur dengan bantuan yang datang. Maksud aku yang kes 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga tu.' Okay, kawan-kawan aku yang study kat Mesir jangan touching okay? :)

To be frank, aku tak belek lagi muka kucing tu sebab aku busy nak sidai kain. Usai (ceh! usai!) sidai kain, aku terus pergi dapur and aku nampak dia minum air sampai basah lenjun bulu-bulu dekat area mulut dia. Air dekat bulu tu menitik-nitik sampai basah lantai. Ini bukan exaggerating ya rakan-rakan.

Aku terus angkat dia and aku sangat terkesima sekali lagi, lebih terkesima barangkali kerana, mulut kucing itu sumbing. Okay, air mata aku masa tu dah nak meleleh. Aku terus cuci mulut dia. Tapi masa tu, satu lagi perkara pelik jadi. Kucing tu dia buka mulut dia macam nak bersuara, meow-meow tu tapi aku tak dengar apa-apa. So aku dekatkan telinga aku kat mulut dia, aku still tak dengar apa-apa. Jantung aku berdebar, nervous semacam macam tengah tengok Paranormal Activity 2. Pastu kali ketiga dia buka mulut dia macam nak panggil aku, aku tengok kat atas lidah dia macam ada sesuatu. Aku terus ngangakan mulut dia and aku nampak dia punya anak tekak teramat lah kecil dan makanan yang dia makan tadi, dia tak boleh nak telan. :'(

Maknanya, kucing baru aku ni sumbing dan bisu. Kesian! :'(

Family aku decide nak jaga dia. Nak buat macam anak sendiri. (Ececeh). Tadi mama tanya aku nak letak nama apa.

'Boboy!'

Boboy ni panggilan untuk cousin aku yang dah meninggal. Aku bukan nak samakan Boboy tu dengan kucing. Memang tak lah kan. Tapi, aku rindu dekat arwah Boboy. So, aku nak sayang Boboy the cat macam aku sayang Arwah Boboy. Boboy, angah rindu. :'( Okay cukup cukup!

Aku akan bagitahu lagi progress Boboy lepas ni okay? Parents aku nak bawa Boboy pergi jumpa vet isnin ni. Aku harap dia punya anak tekak dapat dilebarkan dan dia boleh makan dan meow-meow macam kucing lain.

Ini gambar Boboy:





Boboy, tidur okay? Nanti Boboy bangun, angah feed Boboy dengan bubur ikan.





1 comment:

HEROICzero said...
This comment has been removed by a blog administrator.